Soalan-soalan Lazim
1) Apa itu eperolehan dan bagaimana saya akan menerima faedah dari sistem tersebut ePerolehan merupakan satu sistem perolehan elektronik kerajaan yang telah dibangunkan oleh pihak Commercedotcom. Fungsi sistem ini adalah untuk memudahkan aktiviti perolehan kerajaan ePerolehan dijangka akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.
ePerolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet. Katalog produk para pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana desktop menggunakan perisian pelayar web. Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet. Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran pendaftaran melalui ePerolehan. Faedah-faedah yang akan dinikmati pembekal
(sumber di atas telah diperolehi daripada www.eperolehan.com.my)
2) Perlukah saya memiliki syarikat sdn bhd sblm memohon untuk sijil kementerian kewangan Permohonan sijil kementerian kewangan tidak memerlukan anda untuk memiliki syarikat sdn bhd. Syarikat enterprise juga layak untuk memohon. Perbezaan yang ketara hanyalah kepada saiz tender yang akan diberi kerana syarikat sdn bhd lebih menyakinkan pihak kerajaan untuk membuat urusan yang melibatkan jumlah tender yang besar.
3) Berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapatkan sijil bagi setiap permohonan Masa yang diperlukan untuk memproses satu-satu permohonan bergantung kepada kod bidang yang ingin dipohon. Bagi bidang-bidang pembekalan, biasanya ia mengambil masa 1-2 minggu untuk siap dengan syarat semua dokumen yang diserahkan adalah lengkap.Bagi sesetengah kod bidang seperti bidang bengkel dan pembuat, masa yang diperlukan mungkin agak lama kerana pegawai kementerian kewangan berkemungkinan membuat lawatan ke premis perniagaan untuk membuat penilaian.
4) Apa yang perlu dilakukan apabila permohonan telah diluluskan Apabila satu-satu permohonan telah diluluskan, bayaran untuk sijil dan smart card perlu dilakukan. Sijil hanya akan diproses setelah status bayaran telah disempurnakan. Sijil ini kemudiannya akan dihantar terus menggunakan khidmat courier ke alamat premis perniagaan seperti yang dicatat semasa proses key-in data. Smartcard juga akan dihantar menggunakan courier. Tujuan courier digunakan adalah sebagai langkah keselamatan dan juga mengurangkan risiko sijil dan smartcard tidak sampai ke tangan pembekal. 5) Saya memiliki syarikat enterprise, apakah perkara-perkara asas yang perlu saya sediakan? Untuk pendaftaran bagi syarikat enterprise, prosesnya tidak serumit mana. Antara dokumen asas yang perlu disediakan adalah seperti berikut:
1) Borang daftar syarikat
2) pengesahan tandatangan cek ( disahkan oleh pihak bank)
3) bank statement 3 bulan ( disahkan oleh pihak bank)
4) salinan-salinan sijil yang berkenaan (jika perlu)
Jika ada lagi keperluan tambahan, akan dimaklumkan kemudian selepas proses key in dilakukan. 6) Bagaimana pula dengan syarikat Sdn Bhd? Apa yang perlu saya sediakan? Untuk kes syarikat Sdn Bhd pula, ada beberapa perbezaan dari segi dokumen yang perlu disediakan, berikut adalah senarai dokumen asas yang perlu disediakan:
1) mna , daftar syarikat (beserta sijil pengesahan
daripada sekretariat syarikat yang tidak melebihi 6 bulan)
2) form 24 dan form 49 (beserta sijil pengesahan daripada
sekretariat syarikat yang tidak melebihi 6 bulan)
3) Penyata bank syarikat ( 3 bulan terkini )
4) Borang pindah milik saham (32A) ( jika berkenaan)
5) dokumen pengesahan penandatangan cek ( seperti yang
dilampirkan )
6) dokumen kwsp pekerja terkini
7) Annual Return (beserta sijil pengesahan daripada
sekretariat syarikat yang tidak melebihi 6 bulan)
8) Tenancy Agreement (jika ada)
Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila email kepada kami di mdizone@gmail.com , pihak kami akan cuba menjawabnya sebaik mungkin.
|