Penyediaan Perakaunan

Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Untuk syarikat akaun amat penting sekali kerana setiap tahun sayrikat wajib menhantar kiraan audit kepada ssm.

Penyediaan Akaun

Jika anda mencari penyedia servis kewangan yang berbaloi untuk perniagaan anda, maka kami boleh membantu anda untuk menyelaraskan operasi perakaunan anda. Kami akan membantu menjimatkan duit dan masa anda sementara anda memberikan lebih masa untuk fokus dengan proses utama perniagaan anda. Anda boleh menempah temu janji dengan kami untuk mendapatkan butiran lanjut.

Seksyen 167 Akta Syarikat 1965 mewajibkan setiap syarikat untuk menyimpan rekod transaksi perakaunan yang berlaku dan rekod tersebut perlulah disimpan dengan teratur serta sistematik bagi memudahkan ianya diaudit.

Kami menyediakan khidmat penyediaan laporan akaun syarikat samada secara bulanan mahupun tahunan mengikut kesesuaian syarikat anda.

Pastikan anda menyimpan kesemua bukti-bukti transaksi seperti resit, invoice, voucher, bil dll. untuk membolehkan proses perakaunan dibuat secara menyeluruh serta dapat memberi gambaran yang betul dan saksama (true and fair view) terhadap akaun syarikat.

Jangan risau jika anda tidak tahu mengenai akaun atau tidak mampu mengambil akuantan untuk syarikat, saya boleh bantu anda atau anda boleh mengambil syarikat setiausaha untuk bantu anda.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *